jump to navigation

Merdeka!!! August 31, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

ahh.. sudah lama betul aku tinggal blog ni.. ntah la.. first first dulu semangat jgk la mo tulis blog.. but maybe kerja yg bertimbun ni buat aku tiada masa mau tulis something.. so bila dah lama tinggal.. semangat tu dah semakin pudar.. but today.. aku tru bukak balik blog aku ni.. then terfikir mo tulis balik.. hmmm.. hopefully lepas ni aku rajin la update blog aku ni.. at least tua tua nanti bole la aku tgk balik apa yg aku buat masa masa muda dulu.. heheheh..

Well..I’m already 30 years old.. dah kira masuk ke abad baru la..byk betul yg telah berlaku  dalam hidup aku ni masa umur aku 20an dulu.. masa tu la aku masuk U.. well aku sepatutnya jadi geologist but ended up jadi Programmer.. then aku start life aku sebagai pekerja.. dapat gaji.. then aku kawin.. and dapat anak.. cepat betul masa berlalu

So what’s next.. ntah la.. manusia hanya merancang tapi Allah juga yg berkuasa utk menentukan segala galanya.. harap harap for the next 10 years hidup aku akan lebih bahagia dan lebih baik dari sebelum ni.. amin…

today is Merdeka day.. Malaysia dah 50 tahun merdeka..  MERDEKA!!!

Kerja di Hari Pekerja May 1, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

Hari ni 1 Mei.. Hari Pekerja.. tapi hari ni terpaksa datang office sebab nak settlekan banyak benda utk project I-Newspaper.. next weekdah nak launch tapi banyak benda yg tak solve lagi ni.. Hosting blum ada lagi.. Email server tak setup lagi.. lepas tu khamis ni pulak ada dry run test dgn UM at the same time kena install I-Newspaper client dekat 1000 PCs.. pressure.. pressure.. hari ni kena siap kan SMS module.. pas tu besok buat testing.. alamak.. nampaknya cuti 2 hari ni aku kena pegi office..😦

Post AIM14 April 30, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

AIM14 dah abis.. tahun ni macam rilek skit.. tak macam 4 tahun dulu.. anyway.. tahun ni sempat tangkap gambar dengan Maya Karin dan Samsons..

Punyalah susah ambik gambar dgn Samsons ni.. siap bawak bodyguard lagi.. but dapat jgk ambik gambar dgn diorang ni and nampak friendly

Ni la first time aku ambik gambar dgn ‘Pontianak’

Areep (bassist Litmus), Wan, Din, Nazar, Erik (Bassist Premelodic), Me at the Green Room AIM14

Ini la Crew CMA yg membawakan anda Live AIM14 Infocast dari PWTC khusus untuk pengunjung Official AIM Website

Time ni kul 5 ptg.. hanya beberapa jam lagi sebelum live.. tapi anuar zain sempat lagi buat last minit rehersal.. aku sempat tgk rehersal ni sampai habis.. masa malam tu kitaorang tak dapat tgk pun show tu sbb dekat backstage

Ni la website Infocast AIM14.. sambil upload gambar sempat lagi bukak YM!:)

Datuk CT sempat datang dekat meja kitaorang untuk di interview oleh CMA..

AIM 14 April 28, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

Tahun ni kitaorang terlibat lagi dgn AIM.. tahun ni dah masuk tahun ke 4 aku dapat merasa backstage AIM.. macam tahun dulu.. kitaorang buat live infocast dari belakang pentas.. nak tgk live infocast sila layari :

AIM 14 INFOCAST

UTP Trip & SS2 Murni April 21, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

3 hari lepas.. kitaorang pegi UTP Perak untuk NIE Workshop.. gerak dalam kul 10 dari office dan sampai UTP dalam kul 12 tgh hari. trus gi makan dekat Village 4.. around kul 1 trus gi Blok 21.. Workshop start dalam kul 2.30 dan habis dalam kul 5 ptg.. on the way balik.. semua perut lapar.. then plan nak makan dekat mana.. aku suggest SS2 MURNI… dah lama aku tak makan situ… aku order nasi goreng maryland.. zachy.. nasi goreng chicken chop dan nazar triple X dan supper set..

Nasi Goreng Maryland

Nasi Goreng Chicken Chop

Triple XL

Supper Set

Travelogue – AirAsia (TWU – KUL) April 16, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

Aircraft : Airbus A320

Flight No : AK5157

Departure : 10.30 am

Arrival : 01.05pm

Date : 11/04/07

Destination : TWU – KUL (LCCT)

Engine tgh start.. Aku duduk d seat no 24E sebab kalau naik flight aku suka duduk belakang.. boleh nampak heli NURI TUDM tgh ready nak takeoff..

Taxiing to runway 24.. masa ini cabin crew tgh buat safety demo.. aku tak ada masa nak tengok pun + cabin crew dia tak lawa:)..

“Cabin crew please be seated for takeoff”

“120 knots… 150 knots… V1 rotate.. V2…”

MAS dan Airasia on the ramp.. 2 aircraft tu baru sampai dari KK dalam selang masa beberapa minit shj.. aku pun tak faham kenapa lah MAS dan Airasia buat jadual penerbangan dari KK tu hampir sama. tidak kah itu merugikan.. yg aku dengar.. flight MAS time ni selalu cancel sebab tak ada passenger sbb ramai prefer Airasia (harga murah skit).. no wonder MAS rugi..

Hijau betul bumi Tawau ni..

‘Highway’ ni di buat serentak dengan pembinaan airport baru Tawau.. kalau dulu jalan ni hanya 1 lane.. skrg dah dua.. so masa dari bandar Tawau ke Airport pun rasa sekejap.. dengar cerita jalan 2 lane ni akan di panjangkan sampai ke Lahad Datu..

Airport Tawau dari udara.. airport ni boleh handle pesawat sebesar Airbus A330 dan aku dengar ada plan runway airport ni akan dipanjangkan utk menampung pesawat yg lebih besar.. mungkin A380 kot.. hehehe.. banding airport yg lama.. yg baru ni mempunyai landasan yg lebih panjang dan dah ada ILS (runway 24)

Pesawat sedang mendaki ketinggian 35000 kaki dari aras laut

kemuncak Gunung Kinabalu.. tinggi betul gunung ni.. sampai cecah atas awan.. teringat plak kenangan mendaki gunung ni tahun 1996 dulu…

Pulau Labuan

Coastline of Sarawak

Miri Sarawak

Reaching cruise level at 35000 feet

Pekan Pahang… ni adalah waypoint utk aircraft from/to Sabah.. then slightly turn left heading to KLIA.. masa ni jgk aircraft akan start descend…

cuaca nampak baik… then..

tiba tiba awan jadi tebal…

aku perasan aircraft buat circle.. sebelum ni kalau landing KLIA tak pernah pun buat holding pattern macam ni.. then captain buat announcement yg aircraft tak boleh mendarat sebab KLIA tgh hujan lebat.. so kena circle dalam 15 minit lagi kalau tak reda jugak terpaksa divert ke Johor Bahru (JHB)

tak sampai 10 minit captain announce yg KLIA dah boleh landing.. so aircraft pun terus descend..

Mines wonderland dan sg besi… tak nampak macam hujan pun

Stadium bukit jalil… at this point.. battery camera dah kong.. terpaksa off kejap sebab nak capture time landing

on kan balik camera dan capture gambar beberapa saat sebelum touch down.. nampaknya hujan dah reda.. tapi yg peliknya.. dekat KLIA je yg hujan.. kat surrounding area tak nampak macam hujan plak..

KLIA Control Tower dan Hotel Pan Pac

Oleh kerana runway KLIA ni panjang.. pilot just deploy reverser dah cukup utk berentikan aircraft.. flaps pun tak fully deployed..

Terminal C KLIA..ni last picture yg aku dapat tangkap sebelum camera totally off sebab bateri dah habis… tak sempat nak tangkap masa turun aircraft.. tak apa la.. maybe next time..

Ahmad Zarief Adam April 14, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

Salah 1 sebab aku balik Tawau tempoh hari adalah sebab mau jumpa my baby boy yg telah dirindui.. bulan ni dia dah berumur 1 tahun dan 7 bulan.. Dia dan ibu jemput aku dekat airport.. masuk kereta jerk dia trus diam.. pelik dan hairan sebab mungkin dia pernah nampak.. tapi tak tau sapa.. then mummy dia cakap tu la ayah.. then dia pun cakap AYAH.. hahaha.. mungkin dia baru ingat sebab lepas tu dia nak duduk ngan aku dalam kereta.. dia dah besar skrg.. tersangatlah la aktif but very2 bijak.. cakap je skali lepas tu mesti dia akan ingat.. terhibur tgk gelagatnya.. rindu betul dgn dia skrg😦.. ni beberapa benda menarik pasal zarief..

– suka betul tgk TV.. antara fav rancangan.. Mari Mengaji (TV9), Ceria (astro)

– suka panggil nama orang..

– obses dgn kipas.. kalau nampak kipas mesti tunjuk

– tak takut atau segan dgn orang.. semua orang dia layan

 

Buat muka macam geram

 

Aktiviti lepas mandi adalah minum SUSU

 

konsentret tgk kartun

 

 Benda yg dia pegang tu dia panggil MA. bermaksud minum

mainan fav baru.. tu aku beli dekat tesco puchong 

gambar ni jadi wallpaper handphone aku skrg 

Like father like son 

 

My New Toy April 13, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

Telah lama aku mengidamkannya.. kini aku telah miliki.. Nokia N73 Music Edition.. 2GB Memory, 3.2 Mega Pixel Autofocus Camera, Carl Zeiss optic, Harga yg sangat berpatutan (thanks to Man, bf Lin).. The best part ialah ini ialah MUSIC EDITION.. sound mmg superb..

-> review N73 Music Edition

Baru balik dari Tawau April 13, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

Telah sampai kembali di tanah semenanjung 2 hari lepas setelah bercuti di Tawau selama hampir seminggu.. rasa sekejap pulak balik ni.. Tawau pun sudah banyak perubahan.. sudah ada Cineplex (Star Cineplex).. aku sempat tgk movie 300 with my brothers malam selasa.. the movie was great tapi cineplex dia tak.. bau tak best.. projector dia rosak masa playback iklan.. dan boleh dengar sound movie kat sebelah.. tapi kira orait la at least d Tawau skrg ada Cineplex.. movie pun boleh tahan latest.. tak la macam dulu.. kena tunggu sebulan dua baru sampai Tawau.. selain mau jumpa anak bini.. aku balik mmg nak try beberapa makanan Tawau yg aku tak jumpa dekat semenanjung ni.. macam nasik kuning.. hampir tiap pagi aku sarapan nasi kuning.. di bawah ni beberapa gambar yg sempat aku ambil masa dekat Tawau..

Sekarang Tawau pun ada PC FAIR

Star Cineplex Tawau

 

Bus Stand Tawau

 

Highway Tawau 

 

Servay & Parkwell – Pasaraya terbesar di Tawau

 

 

 

Hari ni dapat RM10 dari Mymode April 12, 2007

Posted by Budi in Uncategorized.
add a comment

lebih kurang dalam jam 5 subuh tadi tetiba aku dapat sms.. ingatkan ada emergency ka apa.. then aku baca sms tu tertulis lebih kurang begini… “<MyMode> Weekly bonus 4/2007 is 10.61….” aku dapat bonus dari mymode rupanya.. 10.61 tu kira boleh tahan la juga byk.. ni la first bonus yg aku dapat.. rasa best plak jadi agent mymode ni sebab dapat bonus.. hehehe.. so sapa sapa nak beli airtime celcom atau maxis.. sila berjumpa dengan aku…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.